kamar hati ku merentap pilu,
bayang kesal merobek jiwa,
melihat bangsaku terus hanyut dalam kepompong gelita,
mengakibatkan nafsu makanan jiwa,
menjalinkan ukhuwah dengan syaitan durjana,
hingga...pegangan agama luntur merana.
kini...tiada lagi cahaya keimanan,
tiada lagi cahaya keinsafan,
tiada lagi cahaja kejujuran,
yang tinggal hanya pendusta,
hanyalah kepuraan-puraan dan,
hanyalah pengkhianatan.
wahai bangsaku, di manakah engkau,
di manakah bangsa yang bernama MELAYU,
adakah kau sudah lupa,
kau pernah dijajah mereka,
mengapa budaya mereka menjadi pegangan kau melayu,
sehinggakan...rambutmu yang hitam dicelup kepura-puraan,
sarung dan kebaya diketat bak sarung nangka bunting,
snow cap kepala pengganti songkok budaya,
bahasa jiwa bangsa rakus dirojak-rojak,
adakah ini budaya kau MELAYU.
wahai melayu...adakau kau malu mengaku kau MELAYU,
adakah kau lupa, nenek moyang kau berjuang demi kau,
untuk menuntut kebebasan,
mereka sanggup mempertaruhkan nyawa,
asal mendapat kemerdekaan yang dihajati,
semuanya kerana kau MELAYU,
adakah kau tidak menghargai jasa dan pengorbanan,
yang mereka curahkan?
bayangkan persaan mereka,
jika mereka tahu kau mengkhianati mereka,
tentulah pengorbanan yang mereka curahkan,
menjadi debu-debu kehampaan,
debu-debu penghinaan dan,
debu-debu kekosongan.
wahai melayu,
sedarlah...bangun daripada terus dipengaruhi oleh musuhmu,
yang hanya ingin memusnahkan umat Muhammad saw.
bangunlah...bangun wahai MELAYU,
jangan kau biar mereka,
musnahkan kau MELAYU,
jangan kau hanya berpegang bicara,
"Takkkan Melayu Hilang di Dunia"
melayu pasti akan hilang jika kau,
terus dibuai mimpi,
jangan besok apabila matahari bangun,
dari tilamnya,
tiada lagi bangsa bernama MELAYU...
Karya Pelajar SKORcreat by salwa 07"
No comments:
Post a Comment