apa yang kita alami tentang teman, kadang2 melelahkan & menjengkelkan...
tetapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang indah...
persahabatan sering dilanda dengan beberapa cubaan...
tetapi persabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya...
persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang...
seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya...
persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka duka...
dihibur~~disakiti~~diperhatikan~~dikecewakan~~didengar~~diabaikan~~dibantu bahkan ditolak~~
namun semua itu tidak disengaja dilakukan dengan tujuan kebencian...
seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan...
justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya...
sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman...
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah...
kerinduaannya telah menjadi sebahagian dari kehidupannya...
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois...
semua orang pasti memerlukan sahabat sejati...
namun tidak semua berhasil mendapatkannya...
banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan...
namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya...
mempunyai satu sahabat sejati jauh lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri...
"sayangilah sahabat anda sebagaimana anda sayangkan ibu bapa dan adik beradik anda sendriri dan hargailah sahabat anda walaupun dalam kesusahan atau sebaliknya kerana tanpa sahabat pasti kehidupan menjadi suram dan tidak bermakna"
firman Allah:-
"para sahabat pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"
AZ-ZUKHRUF:67
No comments:
Post a Comment