Saturday, 1 October 2011

0
Komen

Mengapa Aku Harus Bersedih!!! "3/11/10 - 01:19a.m"


Allah benar janji NYA.  Allah telah menentukan sesuatu, yang hilang tidak bermakna binasa, yang pergi tidak bermakna aku hilang segalanya...Kalau aku ukur banyak mana yang Allah ambil dibandingkan dengan banyak mana yang telah Allah berikan pada ku....
Firman Allah:-  "Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (ibrahim: 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki & sebagainya..harta yang melimpah ruah..pandang lah disekitarku...apa yang kurang lagi??tidak ada apa yang kurang lagi untuk ku..semua aku ada...kenapa ku masih tak nampak neh??segalanya aku ada.

Dan apabila musibah menimpa,  Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia NYA, mengapa harus berdukacita??Mengapa harus bersedih??bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik??Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil!!!!

Belapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya.  Yakinlah...Firman Allah:- "jangan takut, jangan berdukacita" (ankabut: 33)

kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak.  penyakit yang menimpa, masalah yang datang bertubi-tubi tak kira masa dan tempat dan sebagainya maka dia bersedih, dia berdukacita,,,jiwanya tertekan...

Mengapa harus bersedih??bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah??hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.  orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.  masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan.  tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 

apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis??? syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.  itu masalah yang besar, sebab itu mujahadatun-nafs (melawan nafsu), melawan syaitan, melawan iblis itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka buni ini.

iblis telah bersumpah dengan Allah swt bahawa dia akan menggangu bani Adam dia akan menggoda bani Adam dia akan menyesatkan bani Adam.  mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan sejak daripada keta kecil, dewasa hinggalah kita kembali kepada Allah swt.  ini masalah yang perlu kita hadapi.  adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

masalah yang aku lalui mematangkan jiwa aku, (insyaAllah) mematangkan akal aku, (insyaAllah) mematangkan peribadi aku, (insyaAllah) akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah dia menjadi manusia tenang kerna dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

aku perlu yakin dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah...aku setakat berusaha, Allah jua yang menentukan............amin..insyaAllah...(senyum sokmo).....

No comments:

Post a Comment